Pengeluaran Caruman KWSP RM500 Sebulan | Bermula 1 April 2020, semua ahli boleh mula membuat permohonan samada secara online atau melalui e-mail. Ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang sangat perlukan duit untuk perbelanjaan harian disebabkan keadaan ekonomi semasa yang merosot.

Pengeluaran ini adalah dibawah Pengelaran i-Lestari. Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

  1. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat
  2. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  3. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
  4. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

Tujuan pengeluaran Caruman KWSP RM500 maksimum ini adalah untuk membantu pencarum untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website kwsp >>> https://www.kwsp.gov.my/ms/-/basic-faq-i-lestari-withdrawal

Peningkatan kes Covid-19 masih berterusan walau jumlah setakat 24 March 2020 ada sedikit penurunan kes baru yang dikesan. Bersama-sama kita menyokong kerajaan melaksanakan Perintah Kawalah Pergerakkan untuk menyekat penyeberan wabak ini dengan lebih serius.

Sentiasa jaga kebersihan. Dengan keadaan ekonomi sekarang, buatlah perbelanjaan yang bijak. Kita tidak tahu ekonomi kesan dari Covid-19 ini bila akan berakhir. Mengikut laporan ahli ekonomi, ekonomi tidak akan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang lama sekurangnya setahun.