Entri ni adalah entri lama yang dikemas kini atas permintaan ramai yang inginkan Jadual Makanan Bayi 6 bulan yang comel melecun ni. 🙂

Jan 25, 2015

Alhamdulillah umar dah pun masuk 6 bulan…jadi bermulalah pembelajaran untuk menikmati makanan pepejal pertama…jadual makanan bayi 6 bulan @ 30 hari pertama dah pun siap dan sudah tentu dimulakan dengan puree buah2an dahulu…

Penyediaan adalah sangat mudah…kupas kulit dan kukus sampai lembut…kemudian kisar…masa kisar ibu boleh la tambah air atau susu untuk bagi tekstur lembut dan halus…

Kemudian asingkan dalam 4 bekas…untuk 4 hari…simpan dalam freezer…masa untuk bagi bayi makan….ibu hanya perlu rendam dalam air panas…

Bersemangat buat jadual makanan bayi 6 bulan untuk umar…print dan tampal di peti ais…rujukan untuk sesiapa yang datang juga…

Sukatan bergantung kepada bayi…setiap bayi berbeza…sama juga dalam keperluan susu ibu…ada bayi boleh minum 8oz untuk sekali sesi, tapi ada bayi hanya minum 4oz sahaja…

Untuk permulaan ni saya bagi 2 sudu kecil sahaja…sukatan penuh…untuk 2 kali makan…jam 10 pagi dan jam 3 petang…

Jadual ni print sesiap, eloknya eliminate dan tampal di peti sejuk senang untuk rujukan.

Sesiapa boleh ambil jadual ni dan edit ikut kreativiti masing-masing.

Email ke syamila02@gmail.com or klik link wasap di bawah

www.wasap.my/60196211002/jadualmakananbayi