Detox atau Diet? Nak Pilih yang mana? | Sebelum KSya teruskan jom kita bincangkan dulu apa itu Diet dan apa itu Detox?

Diet ni secara asasnya yang kita semua tahu, kurangkan makan dalam setiap sesi untuk hilangkan berat badan. Contohnya sebelum ni makan sepinggan nasi, sekarang hanya ambil suku pinggan sahaja.

Detox pula adalah satu cara untuk membersihkan badan dari segala toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Cara ini lebih berkesan untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat.

Masalah JERAGAT? Kini tak de masalah lagi dengan Set Premium Haus Cosmetics

Dah faham kan, jadi apa pilihan anda?

Detox concept with green vegetables: spinach, lettuce, cucumber, ginger, asparagus, broccoli and lime. White wooden background. Clean eating Vegetarian food Healthy fitness lifestyle.
istockphoto.com

DETOX

Kebiasannya Detox ni mengambil masa 10 hari maksimum. Selepas tu anda boleh makan seperti biasa dan mulakan menu diet sihat anda.

Untuk mulakan Detox, pastikan anda minum air masak secukupnya bergantung kepada berat badan masing masing. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, elakkan terus makanan frozen dan tinggalkan minuman bergula juga kuih muih traditional.

Lebihkan makan buah dan sayuran. Lauk pauk kena rebus atau kukus sahaja. Nak senang masak je singgang. KSya makan ikan singgang hari hari pun tak de masalah. Ikan goreng? Say nooooo. Sayur makan mentah juga ker? Kalau takat salad tu tak ada masalah pun makan mentah kan. Tak pun makan dengan timun batang, marbeles.

Ada budget lebih dan rajin boleh je cari pelbagai sayuran hijau yang lain, jadikan salad. KSya ni makan mana yang ada jer. Yang pasti elakkan makanan berminyak, bergula dan frozen. Karbohidrat kurangkan pengambilan. Makan untuk bekalkan tenaga sahaja.

Jom Diet Sihat & Selamat dengan NEUTROCUT. Superfood terbaik dipasaran MALAYSIA. KLIK SEKARANG!!!

In between tu pasti akan rasa lapar sebab dah biasa makan makan dan makan kan. Sediakan je la biskut oat atau kering dan buah2an hijau. Jangan biarkan perut kosong.

Malam? Say no kepada makan berat. Boleh makan buah buahan dan salad sahaja. Takpun biskut kurang gula. Makan secara kerap tapi sedikit supaya anda tak terasa lapar yang terlampau sebab badan dah biasa makan banyak.

Food recomended on low carb diet or ketogenic diet.
istockphoto.com

DIET SIHAT

Menu diet sihat? Lepas dah detox selama 10 hati, masa untuk teruskan amal menu sihat. Makan makanan yang anda suka tapi lebihkan sayuran hijau dan buah2an. Kalau boleh minuman bergula kurangkan pengambilan seminggu sekali sahaja.

Makanan frozen, boleh je ambil sebulan sekali kalau takut kempunan. Kalau boleh elak, elakkan terus je la. Tapi mampu ker? Ksya tak mampu kot kalau KFC cuma kalau makan ayam seketul tu biasa share dengan anak la. Tak habis makan sesorang, kurangkan pengambilan.

Paling utama lebihkan minum air masak mengikut kadar berat masing masing. Penambah perisa MSG tu elakkan terus je la. Tu salah satu punca badan kita beratnyer makin meningkat. Lepas tu salahkan penimbang, dia tidak bersalah pun. hohoho

Jom baca di sini untuk Pengenlan Program Diet Sihat

Sept ni kita mulakan dengan program Diet Detox tau. Jom bersama sama KSya kita ubah gaya hidup yang lebih sihat. KSya nak mula proses ni sebab tahap kesihatan makin merosot asbab tahap keberatan makin meningkat. Diet ni bukan target utama nak kurus dan cantik tapi nak sihat. Kurus dan cantik itu satu bonus.

Stay tune….