Petang semalam KSya order online pizza Domino. Alkisahnya lepas acccident Jumaat lepas tangan masih tak boleh buat kerja sangat even nak memasak. Kalau paksa kan lambat baik so better rehat dulu. Tangan nyer tu uratnyer sakit sebab pi tumbuk deskboard. Nak buat camne kan, automatik nasib baik kami semua selamat. Kereta je la kena masuk ward. Ikutkan sebulan jugak dia kat sana.

Selepas survey pizza yang berkenan, Ksya order online macam biasa. Beli yang promosi Buy 1 Free 1. Sebelum ni dah biasa order kat Pizza Hut, jadi macam pening sket bila nak order kat web Dominos. Lepas banyak kali buat, boleh ler checkout. Sebelum checkout dah cek betul2 item order. Entah macam mana bila delivery sampai 1 pizza jer. 😭😭😭

Pizza delivery tak sampai pun 30 minit pun. Pantas la jugak kan, terbaikkkk. Tapi 1 jer, aduhai. Tanya adik yang hantar pizza tu, dia kata KSya memang order 1 jer. Ah, sudah. Me ke yang salah. Baik adik tu terus telefon manager. Manager pun okay, customer first kan.

Lepas bincang, kes ni terus ke hq kat kuala lumpur. Wahhh, jauh nyer pusing. Tak sampai pun 5 minit semua settle. Betul la KSya tersilap remove ke apa ntah, maybe sebab pening tengok harga jadi double ke macam mana. Pihak Dominos dengan murah hati bagi juga Free 1 Pizza dan 1 Bread seperti yang dalam promosi. Tak sampai 10 minit sampai la lagi 1 pizza dan 1 bread tu. 😊😊

Alhamdulillah. Terima kasih tau semua pihak atas salah faham. Maklumler pertama kali ni baru nak berbaik dengan Dominos. Sebelum ni dok order kat Pizza Hut jer. Tapi kan Pizza Hut tetap dihati jangan risau. Kita berkawan ni biar seribu kan. Next time boleh order lagi dengan Dominos tapi rasanya better call la kot. Kan tersilap pulak, huru hara sekali lagi. Masa tu kan ada ke dorang nak layan kali ke 2. 😅😅

Dari segi rasa? Pizza Hut sebab dah biasa kan. Tapi Dominos better sebab harga yang jauh lebih murah. Kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan tu ditangan kita je nak buat pilihan yang mana. Ksya pilih dedua. ✌️✌️

Terima kasih pada semua pihak entertain your customer dengan service yang terbaik. Pandangan pertama itu penting kan.