COVID 19, Perintah Kawalan Pergerakan | Perintah ini bermula dari 18 March 2020 sehingga 31 March 2020. Kerajaan ambil langkah pencegahan yang lebih tegas untuk menyekat penyebaran virus terbaru ini.

Kerajaan mengambil serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama bila gelombang kedua makin membimbangkan. Tindakan drastik perlu dilakukan bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, social dan budaya.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan ke luar negara
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong ke dalam negara
  4. Penutupan semua taska, transit, sekolah, tahfiz dan pra-universiti
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan negara
    • air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, kesihatan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan

Peningkatan mendadak yang luar biasa ekoran ada yang masih lagi menganjurkan perhimpunan awam secara besar-besaran melebihi 50 orang dalam satu masa. Walau rakyat mengetahui virus Covid-19 merebak dengan pantas, namun tiada kesedaran dalam diri untuk melalukan pencegahan lebih awal.

Apapun, semua ni dah ketentuan dari Allah swt. Dunia banyak menyaksikan pelbagai kerosakan dilakukan oleh umat manusia. Sama-sama la kita muhasabah diri dan menjaga kesihatan serta amalan. Walau pergerakan dalam negara tidak disekat sepenuhnya, kita diingatkan sentiasa berhati-hati terutama yang ada anak kecil.

Pastikan Hand Sanitizer sentiasa ada bersama ketika keluar rumah. Namun, perlu ingatkan walau dah guna Hand Sanitizer, cuci tangan dengan air dan sabun tetap wajib bila sampai destinasi. Pencegahan itu lebih baik. Sentiasa berhati-hati bila berada diluar rumah terutama mereka yang terlibat dalam premis yang tidak perlu ditutup.

Selain Hand Sanitizer, pemakaian mask juga sangat digalakkan. Sekiranya anda mengalami batuk kering dan demam, sila dapatkan rawatan di hospital terdekat dengan segara. Insya Allah, jika kita patuh semua langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan, penularan wabak virus merbahaya ini dapat dipulihkan. Sama-sama la kita berdoa.