Cara Bakar Lemak Badan Lebih Cepat dan Pantas | Badan kita ni pandai, walau lemak tu dah berkumpul lama tapi ada cara untuk bakar lemak tu dengan lebih pantas dan cepat tau. Ada banyak je cara tapi KSya nak kongsi 2 je daripadanya. Sebabnya 2 tips ni mesti ramai je yang mampu buat, janji istiqamah dan disiplin.

1.  Makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit boleh bakar lemak lebih cepat

Sumber : Google

Ramai dari kita ni kalau diet akan kawal pemakanan kan. Akibatnya dalam satu masa mereka jadi terlalu lapar dan makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus

Rupanya perut kita ni elastik. Kita yang mencorakkan perut untuk terima makanan banyak atau sedikit. Apabila dididik untuk dikembangkan maka banyaklah makanan yang perlu diisi baru rasa kenyang. Sama juga konsep dalam penyusuan susu ibu. Kalau kita menyusu atau mengepam selang 3 jam, susu akan makin banyak sebab permintaan tinggi. Kalau menyusu tak ikut masa, badan bagi hint yang kita dah tak perlukan susu yang banyak jadi secara beransur ansur kilang susu akan kurangkan production.

Eh tetiba bincang bab penyusuan. My passion dulu ni. Rindu zaman menyusu dahulu kala. I Love My Breastfeeding Journey.

Jom Diet Sihat & Selamat dengan NEUTROCUT

Ok, jom sambung bab diet sihat. Ada pula yang tanya, MAKAN SEDIKIT TU MACAM MANA?

Biasa kita makan sepinggan nasi kan, tapi kali ni kurangkan separuh sahaja. Hakikatnya makan nasi dalam 1 senduk dah memadai, yang lain lebihkan sayuran hijau dan protein. Tapi nak kurangkan secara drastik mungkin ada antara kita tak mampu sebab dah terbiasa kan. Jadi boleh kurangkan secara berperingkat.

Bila dah okay dengan pengambilan nasi separuh pinggan boleh kurangkan suku pinggan sahaja. Bagi perut biasa dengan kuantiti yang kecil dan secara psikologinya badan tidak rasa lapar sangat sebab ia tahu nanti akan dapat makanan lagi.

Kalau lapar sangat sementara nak tunggu masa makan makan berat tu, boleh sediakan buah2an. Sebiji epal ke, sebiji oren ke atau pisang. Jadi badan tak de la nak memberontak sebab tak dapat makanan.

Kena ingat satu jer, makan ni untuk TENAGA bukan untuk NAFSU.

2. Lebihkan pengambilan PROTEIN dalam menu harian

Sumber : Google

Bila kita lebihkan pengambilam protein, kadar metabolisme kita akan meningkat dan bantu kekalkan otot jisim. Semua ni sangat membantu untuk pembakaran lemak lebih cepat dan berkesan.

Masalah JERAGAT? Kini tak de masalah lagi dengan Set Premium Haus Cosmetics

Sesiapa yang makan lebih banyak protein, kita akan rasa kenyang lebih lama. Malah badan akan bakar lemak lebih banyak kalori apabila kita makan lebih banyak protein. Tapi kena ingat juga, makan lebih tu kena la berpada pada juga. Jangan overdose tak bagus untuk kesihatan jangka panjang kalau badan terlampau lebih pengambilan protein.

Amalkan cara hidup sihat. Makan sederhana dalam semua aspek. Dalam Islam makan juga satu ibadah. Namun kalau makan secara berlebihan dan melebihi keperluan badan ia akan memudaratkan kesihatan kita juga kan.

Makan Sebelum Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang.