Bila Poslaju Blacklist EasyParcel | Semalam, dalam jam 1 lebih dapat telefon dari Poslaju. Awalnya ingatkan nak tanya ada barang tak hari ni, nak datang pickup. Tapi tidak, staff poslaju telefon nak inform yang dorang tak akan datang pickup dah barang yang guna easyparcel mulai hari ni (semalam la tu). Poslaju dengan rasminya dah blacklist easyparcel dari perkhidmatan. Masa tu kan, kecewa juga la sebab barang tu memang urgent nak kena pos.Dah la tengah hari baru col, mana la sempat dah nak ke poslaju sebab waktu rehat dah habis. Lepas tanya kenapa dan mengapa, staff inform yang meraka dapat arahan dari bos tak bagi ambil barang yang pos guna consignment note dari easyparcel. Dah la langsung tak ada public announcement. Masing2 dah tertanya-tanya kenapa dan mengapa.

Terus heboh dalam group sebab ramai seller ada banyak barang nak pos dan ada sesetengah tu memang customer nak urgent. Semua dah gelabah, cuba hubungi easyparcel tapi tak dapat. Maybe masa tu talian tengah hot kot sebab ramai dapat col dari poslaju. Lagi satu, dalam web easyparcel tu kita bukan kena pilih poslaju je, selain poslaju perkhidmatan courier lain pun ada seperti skynet, airpack, abx atau nationwide.

Ada juga, despatch poslaju dah datang nak pickup barang tapi bila tengok consignment note easyparcel terus tak nak ambil. Kelam kabut pujuk customer guna courier yang lain.

Namun, ramai yang refuse sebab courier lain ada yang tak masuk di sesetengah kawasan. Alhamdulillah dalam kul 6 petang ada yang mesej dalam group, pihak easyparcel dah buat announcement ada sedikit salah faham antara poslaju dengan easyparcel. Adoiii….suspen betul..

Masalah tersebut selesai secara berperingkat. Ye la nak kena inform semua branch, banyak tu. Apapun, ramai yang rasa sangat lega. Sebab dengan easyparcel, ia sangat memudahkan urusan pengeposan.

Macam k sya, dari dulu memang guna easyparcel sebab senang. Consignment note dah print sesiap dan tampal kat parcel. Siap boleh pilih nak hantar sendiri parcel di pusat2 yang terpilih atau nak minta je despatch poslaju datang ambil.

Yang penting, paling suka tak perlu la beratur panjang nak pos barang. Selain jimat masa, ia juga menjimatkan kos minyak yang makin hari makin naik.

Kalau ada sesiapa yang belum guna easyparcel, boleh la intai2 web easyparcel.my.  Pendaftaran baru akan dapat percuma kredit RM25. Boleh la pos 2-3 parcel. ☺