Dragon Blood ni adalah getah pokok naga. Pokok Dragon atau lebih senang panggil Pokok Naga. Pokok Naga ni berasal dari kepulauan Socotra. Socotra merupakan sebahagian dari wilayah Republik Yaman.

Pokok ni paling unik dan berbentuk seperti payung. Pokok ni dikenali sebagai Pokok Naga kerana getah yang bewarna merah yang dikeluarkan oleh tumbuhan ini.

Dalam bahasa senang darah pokok naga. Bagi Nampak sedap sikit panggil Dragon Blood. Baru la senang ingat dan sedap di dengar. Eh, pandai pula kan buat andaian. 🙂

Dragon Blood ini bagus dalam merawat kulit kering, garis-garis halus dan menganjalkan kulit. Kulit akan nampak lebih sihat dan muda dari usia. Selain itu cepat serap tanpa rasa melekit. Dragon Blood juga memberi kelembapan dan nutrisi yang secukupnya pada kulit kita. Kelembapan pada kulit juga bertahan lebih lama.

Melty Aqua Glam Foundation sememangnya diformulasi dari Dragon Blood. Bagi mereka yang ada masalah kulit jeragat, jerawat, ada tanda-tanda penuaan dan kulit kusam sangat digalakkan menggunakan Melty Glam Aqua Foudation. Namun anda perlu pastikan tiada alahan kepada bahan-bahan yang terkandung dalam foundation ini.

Walaupun semua bahan-bahan dalam semua produk Haus diformulasi dari bahan natural dan selamat. Namun ada segelintir daripada kita yang ada alahan terhadap sesuatu bahan. Contohnya kacang. Kacang bagus untuk minda, namun ada yang alah kepada kekacang dan akan beri kesan yang buruk kepada mereka.